halwa uzun

Tuesday, December 27, 2011

Risalah Kafir Ynag Disebar (Mengetahui Nasib Hidup)

~::In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful::~



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh!!!


Apa kabar semua? Harap semuanya sihat belaka...


Ehem,ni dah post yang ketiga dalam blog ni. Apapun,ana disini hendak mengambil kesempatan untuk berkongsi sesuatu buat para pembaca...bacalah keratan ni.....



just click this image to large


Risalah ni ana ambil dekat pagar utama rumah selepas ana pulang menunaikan solat Asar berjemaah di masjid.Ini risalah sebaran...

Apa yang anda dapati dalam risalah ni adalah tentang MENGETAHUI NASIB HIDUP KITA menurut seorang 'tok guru' (sami) dari Thailand.Di sini juga didapati bahawa Mr. Khor (penulis risalah ini) adalah seorang peniaga yang mengalami nasib malang disebabkan hutang yang banyak menyebabkan beliau hilang keyakinan dan malu.Lalu dia ni jumpa si 'tok guru' ni dan dinasihat supaya beli NOMBOR MAGNUM 4D (beli nombor ni dah RM200!!!) dan akhirnya dia menang 1st Prize sebanyak 6ooK!


Saudara,apa yang saudara fikirkan? Apa yang saudara rasakan?

KELAKAR, KAN???


Ana tergelak baca risalah ni...sepatutnya risalah ni ditulis dalam bahasa bangsa mereka (bangsa bukan beragama islam yang bukan islam)... ini pulak ditulis dalam bahasa ibunda (walaupun banyak kesalahan tatabahasa) dan disebarkan di kawasan taman perumahan yang didukuki oleh bangsa kita (Taman ana,Taman Seri Bayu Dua,Alor Gajah yang kesemuanya Islam.Siap ada masjid besar lagi) ...siapa nak percaya...siapa??? melainkan kurangnya didikan dan penghayatan agama akan terjebak dengan kegiatan sebegini yang boleh memesongkan akidah seseorang...na'uuzubillahi min zaalik!!!


Dalam kegiatan (mengetahui nasib hidup) ni,JUDI dan MENILIK NASIB semestinya sudah ada dalam kegiatan ni.Jadi apa hukumnya kalau kita sebagai Muslim buat perbuatan sebegini semata-mata untuk mengubah nasib hidup kita??? HARAM, SYEIKH...


Oleh itu,jangan main-main dan cuba-cuba untuk buat macam ni...rosak akidah tau...


Wallahualam...


Waktu Maghrib nak masuk!

No comments:

Post a Comment